ada apa dengam PTPTN ?????
June 30th, 2007 by dinosor79Assalamualaikum
Kepada sesapa yang sudi membaca, mungkin ada perasan yang blog ana nih memang tak terupdate pun sangat dah… oleh kerana kesibukan, dan kat opis frenster dan seumpamanya dah kena block…. kalu kat rumah tu takde ler tersempat sangat nak buat apa…. nak kejar Umar pun tak terlayan dah….
So, kat sini ana just copy and paste balik apa yang ana penah tulis kat QYC nyer forum…..
sekadar mengupdate seskali blog yang ada nih….
semoga ada la menfaat nyer….
Posted: Fri Mar 16, 2007 10:21 pm
bila sentuh bab pinjaman nih, terasa pulak nak citer pengalaman ngan PTPTN zaujah ana. ana alhamdulillah ngan JPA dulu, tak terlibat ngan PTPTN.
baru semalam ana ngan zaujah gi PTPTN, nak settlekan loan masa zaujah buat degree dulu. tu pun sebenarnya dah lambat. pasal dulu zaujah ana ingat dia dapat 3.5 boleh dapat pelepasan. then tetiba dah dapat warning letter. cek2 jer tengok bunga(riba) a.k.a. kos perkhidmatan terkumpul dah RM800 dah pun. baru la pastuh tekejar2 nak settlekan PTPTN nih.
so skang nih zaujah ana terpaksa la pinjam duit ayahnyer dan jugak duit ana nak bayar balik RM32,906.25. duit ana tu boleh kata pinjam la, walaupun ana takkan tuntut abis la kan, pasal memang dah dia bawah tanggungjawab ana financially. tapiii, tempoh dia sebagai student tu hanya satu sem lebih jer setelah bergelar isteri ana, sooo… ana takyah cover semua la kan… haha. takder ler. cuma skang tengah pikir camner nak kumpul balik simpanan haji kitorang tuh. kalu dak terpaksa delay la dulu hasrat nak menunaikan haji.
Jumlah yang kena bayar tu termasuk RM800 lebih riba tu la. tapi semalam tak dapat nak bayar abih lump sum lagi, baru bayar RM5000, so kalu ikut hari ni atau esok akan tambah lagi la interest for this month. planning nyer next week nak settlekan hutang PTPTN tu. tu la sekadar usaha yang dapat buat untuk tak berlama-lamaan bernaung dengan hutang riba tu. semoga diampunkan dosa kami.
semalam gak baru tanya dia cam mana pengiraan kos pentadbiran (interest/riba) PTPTN tu. baru la ana dapat gambaran lebih jelas tentang sistem riba nih. sebelum ni ana tak amik tau detail sangat on the calculation tu, pasal tak terrrsangka langsung akan terjebak dengan aktiviti riba ni. ana rasa sesapa yang study atau biasa ngan sistem ekonomi (konvensional) sure tau dah bab nih.
kalu kos pentadbiran (riba) PTPTN tu, dari statement dia, “kos pentadbiran sebanyak 3% dikira berasaskan baki semasa pinjaman prinsipal/pokok setiap bulan. kos ini akan dikenakan sehingga ke tarikh penyelesaian hutang pinjaman dibuat”.
so setiap bulan interest yg akan didebitkan ke akaun adalah sebanyak:
3% x RM______ (baki pinjaman prinsipal) / 12 = RM___________ (riba bulan tersebut)
masa diterangkan semalam baru ler ana lebih paham kes2 yang orang2 yang pinjam ngan ceti atau mafia yang sampai mati pun tak abih bayar bunga/interest/riba lagi, sedang jumlah pinjaman asal tak kurang2 pun lagi. hal yang sama mungkin akan jadik kalu lah ada PTPTN taja student gi UK ker US ker. kalu yang pinjaman asal sampai RM300,000 ker, dia punya riba RM750 sebulan. kalau la dia buat potongan gaji RM750 sebulan nak bayar balik, maka tempoh nak abih pinjaman tu infiniti la kan. so kena la potongan bulanan RM1000 ker supaya dapat abih bayar sebelum timang cicit. agaknyer la kan.
anyway, ana rasa kalau bab nih, terutama nyer bagi student yang dah terambik pinjaman PTPTN, at least diorang kena aware dan paling koman pun setelah terrrsain agreement tu ialah plan camner kalu boleh dapat settlekan dalam 6 bulan pertama lepas grad. camner tu? tak logik?
well, first ana rasa kalu sorang tu sedar, tiap kali dia dapat duit PTPTN tu dia akan cuba simpan sebanyak yg boleh, directly untuk bayar balik nanti. ana perasan ramai student tak paham yang setiap kali duit PTPTN masuk, tu bukan tambah duit dia, tapi penambahan hutang kepada diorang. lebih tepat lagi hutang yang bakal beranak pinak riba dia. kalu paham itu, dia tak la nampak duit tu sebagai duit dia yang boleh dihabiskan selagi ada, tapi akan cuba minimakan jumlah penggunaan duit hutang tu, so that most or a large sum akan dapat terus dipulangkan lepas grad nanti. itu pandangan ana la.
hmmm… terpanjang pulak meluahkan perasaan kat sinih. anyway bab PTPTN nih ana rasa bukan je budak yg dah kat IPT, tapi yang sebelum IPT lagi patut tau. At least akan ada usaha untuk cari alternative pinjaman yang halal, atau cari IPT yang tak makan banyak kos. ana tatau la kalu ada orang yang anggap amik pinjaman riba PTPTN ni kira darurat atau apa2 ker, cuma bagi ana, kalu ada jalan selamat tu, eloklah diusahakan.
sebab ana teringat apa yg ana baca dari Fiqh Sunnah:
“Riba termasuk kabair (dosa besar)
Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Nabi saw bersabda,
“tinggalkanlah 7 hal yang dapat membinasakan.”
Orang-orang bertanya:” Apakah gerangannya wahai Rasul saw?”
Baginda menjawab: “Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa orang yang diharamkan Allah kecuiali dengan hak, memakan riba, memakan harta anak yatim, melarikan diri waktu datang serangan musuh, dan menuduh wanita mu’min yang suci tapi lalai”.
diriwayatkan oleh Al Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud dan At Tirmizi yang mensahihkan dari Jabir bin Abdullah, bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Allah melaknat pemakan riba, yang memberi makannya, saksi-saksinya dan penulisnya”
Ad Daruquthnie meriwayatkan dari Abdullah bin Hanzalah, bahawa Nabi saw bersabda:
“Untuk satu dirham riba di ssi Allah lebih berat dari tiga puluh enam kali berzina menurut (ukuran) kesalahan:.
Sabda Rasulullah saw:
“Untuk riba ada 99 pinyu dosa, yang paling rendah (darjatnya, seperti) seseorang yang menzinai ibunya”.
wallahua’lam




